Friday 22 January 2016



JENIS HAIWAN PEROSAK POKOK PADI

Nama  Perosak  : Bena Perang (Nilaparvata lugens)
Status Perosak  : Utama
Bahagian diserang      : Pangkal batang pokok padi
Peringkat diserang      : Semaian hingga terbit.
Kerosakan:                                                                                                                                                 
 Serangga dewasa dan nim(anak jelmaan) akan menyerang pokok padi yang berumur 40 – 80 hari selepas tabur dengan menghisap cecair dari pokok. Serangan dalam populasi yang banyak akan menyebabkan pokok menjadi kuning dan mati dan keadaan ini dikenali sebagai ‘hopperburn’. Serangan pada peringkat awal pertumbuhan pokok menyebabkan pengurangan pada pembentukan anak padi (tillers) dan membantutkan pertumbuhan pokok. Serangan pada peringkat pembentukan tangkai menyebabkan terhasilnya padi yang tidak penuh.
bena-perang-kesan-serangan3
 Gambar  Kejadian ‘Hopperburn‘ akibat serangan Bena Perang

bena-perang-kepak-panjang3
Gambar Bena Perang berkepak panjang


Nama  Perosak  : Siput Gondang Emas (POMACEA SP.)
Status Perosak  : Utama
Bahagian diserang      : Pangkal batang pokok padi
Peringkat diserang      : Semaian hingga terbit.

Kawalan siput gondang emas terbahagi kepada 4 kaedah iaitu:
Kawalan Kultura dan Fizikal
Kawalan ini melibatkan kerja-kerja mengutip dan memusnahkan telur dan siput. Pancang-pancang kayu diletakkan di tempat yang terdapat siput untuk menjadi tempat bertelur. Rumpai di sawah perlu dibersihkan pada peringkat padi membesar.
Kaedah Mekanikal
 Pasang jaring di gelung air keluar dan masuk bagi menghalang siput ini masuk ke dalam sawah.
Kaedah Biologi
Ternakan itik Khaki Campbell dan Muscovy boleh digunakan sebagai agen kawalan. Itik akan memakan telur dan siput di dalam bendang.
 Kaedah Kimia
Terdapat beberapa jenis racun yang disyorkan untuk kawalan SGE. Antara racun yang boleh digunakan ialah niclosamidesaponin dan lain-lain.


telur-siput-gondang1

Siput gondang emas dan telur

No comments:

Post a Comment