Friday 15 January 2016

KAEDAH PENANAMAN PADI



TANAMAN PADI



Secara tradisional peladang-peladang Kawasan Muda mengusahakan penanaman padi secara sistem mengubah, tetapi memandangkan kekurangan tenaga buruh dan peningkatan kos upah, kebanyakan peladang-peladang telah bertukar kepada sistem tabur terus.
Semenjak tahun 1980, penanaman padi secara tabur terus telah meningkat dengan pesatnya dalam kawasan Muda. Teknik-teknik tabur terus yang diamalkan dalam Kawasan Muda boleh dibahagikan kepada tiga kaedah utama :
a)Tabur Terus Basah


Putaran tanah dilakukan dalam keadaan tanah ditenggelami air. Kerja-kerja menabur benih padi dilakukan dalam keadaan tanah yang rata dan lembab (air cap-cap).

b)Tabur Terus Kering


Kebiasaannya, putaran tanah secara kering dijalankan pada musim pertama penanaman padi. Putaran tanah dilakukan dalam keadaan kering dan kerja-kerja menabur benih padi dilakukan di atas permukaan sawah yang kering. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan air.

c)Tabur Terus Dalam Air


Kerja-kerja menabur benih padi dilakukan di dalam petak sawah yang bertakung air 5 -10 cm. Kaedah ini dapat membantu mengurangkan infestasi padi angin.

Selain daripada menanam padi secara tabur terus, kaedah menanam boleh digunakan. Kaedah konvesional menanam dengan tangan tidak lagi digunakan sebaliknya menggunakan jentanam. Penggunaan jentanam dapat mempercepatkan masa menanam dan menentukan bilangan anak benih padi yang ditanam secara konsisten. Walau bagaimanapun, buat masa ini penanaman padi dengan jentanam hanyalah tertumpu kepada kawasan Projek 10 Tan yang terlibat di dalam pengeluaran benih padi sah. Kaedah ini akan menjamin kualiti benih yang dihasilkan serta ketulenan varieti yang akan dihasilkan kelak. Selain daripada itu, kaedah ini akan berupaya untuk memudahkan kawalan perosak dan penyakit yang terdapat di sawah.

a) Kaedah Tabur Terus Basah
Potong Tunggul Jerami

Potong tunggul padi rapat dengan permukaan tanah dan serakkan jerami supaya rata.

Biarkan selama 2 – 5 hari.

Membakar Jerami

Pastikan jerami dibakar dengan sepenuhnya supaya :


Memusnhakan biji benih padi angin dan rumpai di permukaan tanah.

Merangsangkan percambahan benih padi angin dan rumpai di dalam tanah (kedalaman 4-6 cm).

Penapakan biji benih yang ditabur seragam.

Putaran Pertama

Lakukan kerja-kerja putaran pertama ( putar kering ) 7 – 14 hari selepas bakar jerami.

Meracun

Sembur racun rumpai glufosinat ammonium jika terdapat pertumbuhan rumpai terutama padi angin selepas putaran pertama.

Putaran Kedua

Lakukan putaran kedua ( putaran basah ) selepas putaran kedua sembur racun pretilachlor dalam keadaan air bertakung ( 5-10 cm ) dan biarkan selama 10 hari.

Kadar : 500 ml/relong

Membadai dan Membuat Lorong Kerja

Badai tanah serta buat lorong kerja. Jarak 10 kaki antara lorong.

Menabur Benih

Keringkan air dan lakukan kerja-kerja menabur benih dalam keaadan tanah yang lembab dan rata.

Kadar benih : 140 kg/hektar

Penakaian ( Rouging ) Padi Meninjau

Amalkan penakaian iaitu memotong tangkai padi yang terbit sebelum masuk isi.

b) Kaedah Tabur Terus Kering

Sediakan padi benih yang bernas dan terpilih.

Lakukan putaran kering.

Ratakan tanah dengan menggunakan cam traktor.

Lakukan kerja-kerja menabur benih dalam keadaan tanah kering sebanyak 60kg-70kg sehektar.

Lakukan putaran untuk gaulkan benih ke dalam tanah dan padatkan tanah dengan pemadat (roller).

Percambahan benih padi seragam dan kerap di tanah yang dipadatkan.

Ikuti syor pembajaan seperti yang telah ditetapkan.

c) Kaedah Tabur Terus Dalam Air
Potong Tunggul / Bakar Jerami

Potong tunggul padi rapat dengan permukaan tanah dan serakkan jerami supaya rata.

Biarkan selama 2 – 5 hari.

Pastikan jerami dibakar dengan sepenuhnya supaya :

Memusnahkan benih padi batat (padi angin) dan rumpai di permukaan tanah.

Merangsangkan percambahan padi batat dan rumpai di dalam tanah (kedalaman 4 – 6 cm).

Penapakan biji benih yang ditabur seragam
 

Putaran Pertama

Lakukan kerja-kerja putaran pertama (putaran kering) 7 – 14 hari selepas bakar jerami.

Meracun

Sembur racun rumpai glifosat atau glufosinat ammonium jika terdapat pertumbuhan rumpai terutama padi angin selepas putaran pertama.

Putaran Kedua

Lakukan putaran kedua (putaran basah). Selepas putaran kedua sembur racun pretilachlor dalam keadaan air bertakung ( 5 – 10 cm ) dan biarkan selama 10 hari.

Kadar : 500 ml/relong.

Menyisir Dan Meratakan Tanah

Lakukan kerja-kerja menyisir untuk meratakan tanah dan membuang sisa-sisa jerami.

Merendam Benih

Rendam benih bersama penggalak percambahan benih selama 24 jam. Angkat dan sejat benih selama 12 jam.

Menabur Benih

Lakukan kerja menabur benih di dalam petak sawah yang bertakung air 5 – 10 cm.

Kadar : 3 beg/relong.

Penakaian ( Rouging ) Padi Meninjau

Amalkan penakaian iaitu memotong tangkai padi yang terbit sebelum masuk isi.



No comments:

Post a Comment